Produk khazanah Sabah, Sarawak Perlu Dijaga

kunjungan-Sarawak.jpg

Toh Puan Norlidah (empat kiri) menyampaikan cenderahati kepada Juma’ani.

KOTA KINABALU: Produk khazanah negeri Sabah dan Sarawak perlu dijaga untuk mengekalkan jati diri bangsa.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata warisan Sabah dan Sarawak seharusnya dijaga bagi memastikan jati diri anak bangsa negeri tersebut tidak hilang ditelan zaman.

“Dalam arus pemodenan hari ini, warisan yang kita ada seharusnya kita jaga kerana ini adalah sebahagian dari jati diri kita rakyat negeri Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan tanggungjawab kita untuk menjaga setiap warisan yang ada di negeri kita dari ditelan modenisasi dan kecanggihan teknologi yang ada sekarang,” katanya dalam kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Mengenai tujuan kunjungan tersebut, Sharifah Hasidah menjelaskan rombongannya menjemput Toh Puan Norlidah untuk melawat Sarawak dan berkongsi idea serta pengalaman dalam songket dan keringkam.

“Kita menjemput Toh Puan Norlidah untuk melawat Negeri Sarawak sambil berkongsi idea dan pengalaman berkaitan produk warisan songket dan keringkam yang telah kita usahakan di Sarawak.

“Ini akan mengeratkan lagi hubungan dua negeri dan kerjasama antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, khususnya dalam bidang warisan negeri,” ujar Sahrifah.

Kunjungan hormat itu diketuai isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) Sabah, Doris William@Diyanah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan Sarawak, Datuk Dr Sabariah Putit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top