PRN: Umno Akan ‘Bungkus’ – KJ

KJ.jpg

Khairy (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membidas “jemputan sinis” Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, terhadap ahli Umno dipecat dan digantung ke Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dipecat daripada Umno pada Januari lalu

Hishammuddin dalam hantaran di Instagram berkata, orang ramai lebih rindu kepada Umno yang asal.

“Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke PAU secara menyindir dan sengaja berseloroh. Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan Umno, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi.

“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah Umno yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian,” kata Ahli Parlimen Sembrong yang digantung keahlian enam tahun.

Zahid sebelum ini berkata, bekas ahli Umno yang merindui PAU boleh hadir dengan menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka.

Pelawaan sama turut dibuat Asyraf yang berkata, ahli Umno dipecat atau sedang digantung parti boleh menghadiri PAU dijadualkan pada 7 hingga 10 Jun ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top