PRN: Tony Pua Sah Tidak Bertanding

tony-pua.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tidak dicalonkan dalam pilihan raya negeri (PRN), kata Setiausaha Agung parti, Anthony Loke, lapor Awani.

Menurut laporan itu Loke berkata, Pua sendiri yang melepaskan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

“Jadi, tidak timbul soal dia bertanding. Saya mengesahkan, Pua tidak akan bertanding pada PRN kali ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pelaut 2023 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Pua yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘pakatan korup’.

Pua berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya.

Dakwaan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk dari Loke yang menganggap Pua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap mana-mana rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top