PRN Sarawak: Anwar Kecewa Dengan SOP

dsai.jpg
Kongsi Bersama

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaannya terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, pihak SPR sebelum ini memaklumkan akan melakukan kajian terhadap SOP yang akan diperkenalkan, namun sehingga PRN Melaka kajian tersebut tidak diterbitkan.

“Setelah membaca SOP terbaru yang dikeluarkan oleh SPR, saya sangat kecewa.

“Perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP ini perlu dilakukan. Saya tidak melihat ada sebab yang konkrit termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini,” katanya di Facebook.

Menurutnya, SPR harus mengambil langkah produktif dengan melakukan perbincangan dengan semua wakil parti politik yang bakal bertanding pada PRN Sarawak.

Katanya, situasi pandemik Covid-19 bukanlah alasan untuk menjadikan proses pilihan raya menjadi tempang, sambil mempersoal apakah akan ada jaminan akses sama rata kepada pihak media untuk semua parti politik dan calon.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top