PRN Sarawak 18 Disember

IMG_20211124_130840.jpg
Kongsi Bersama

 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh untuk penamaan calon pada 6 Dis, manakala undi awal pada 14 Dis.

“Bagi membantu proses pilihan raya, SPR telah melantik 82 pegawai pilihan raya, yang akan dibantu oleh 249 orang penolong pegawai pengurus.

“SPR juga akan menubuhkan 155 pasukan penguatkuasa kempen, terdiri daripada wakil polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding untuk memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan PRN Sarawak.

Bagaimanapun, Abdul Ghani tidak memperincikan SOP kesihatan dan keselamatan yang akan ditetapkan sepanjang tempoh PRN Sarawak.

Beliau berkata seramai 1,252,014 pengundi layak mengundi dalam PRN Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong mengumumkan tamatnya darurat di Sarawak pada 3 Nov lepas, memberi laluan kepada PRN yang sepatutnya diadakan pada Jun lalu apabila DUN terbubar secara automatik.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top