PRN Sabah: Warisan bertanding secara solo – Shafie

shafie.jpg

DSP Mohd Shafie Apdal (gambar fail)

KOTA KINABALU: Parti Warisan akan bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri yang akan datang, kata presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sambil menegaskan partinya tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik, Mohd Shafie berkata, pendirian Warisan sebagai parti berbilang kaum yang berkhidmat untuk semua rakyat Sabah adalah jelas.

“Kami akan bertanding sebagai sebuah parti dan perjanjian kami adalah dengan rakyat,” katanya.

Mohd Shafia berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan selepas menghadiri Iftar Ramadan di Tungku pada Sabtu

Merujuk pada pemerintahan parti Berjaya dari 1976 hingga 1984 dan PBS dari 1985 hingga 1994, bekas ketua menteri Sabah itu menyatakan bahawa parti pelbagai kaum di Sabah sebelum ini telah menang dan memerintah negeri ini.

“Kerajaan satu parti bukanlah sesuatu yang baharu bagi Sabah dan rakyat kita. Kami (Warisan) mungkin tidak mempunyai kewangan, tetapi kami menawarkan diri kami kepada rakyat,” kata beliau

Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang itu menekankan bahawa Warisan diterima baik oleh rakyat pelbagai kaum dan fokus parti tetap pada mendekati rakyat di semua kawasan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top