PRN Sabah: Walau belum ada perjanjian, 8 parti bakal tanding lambang GRS

joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (Gambar fail)

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Lapan parti komponen bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini bersedia melangkah ke medan PRN, dengan persetujuan penggunaan satu lambang bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai, berkata walaupun belum ada perjanjian dimeterai, semua parti bersetuju menggunakan logo GRS seperti diminta Pengerusi Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga merupakan ketua menteri Sabah.

“Walaupun tiada keputusan rasmi dibuat, semua parti komponen dijangka bersetuju cadangan itu,” katanya kepada FMT sambil menyatakan kesediaan itu menunjukkan kesatuan gabungan untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan Sabah.

Komponen GRS terdiri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Jika dipersetujui, PRN Sabah ke-17 yang dijadualkan tahun depan akan menjadi medan pilihan raya kedua semua parti komponennya bertanding bawah lambang GRS.

Kali pertama pada PRU15 berlangsung Disember 2022 yang menyaksikannya menang enam kerusi Parlimen iaitu Papar, Batu Sapi, Sipitang, Ranau, Keningau dan Tawau.

PRN Sabah yang membabitkan pertandingan di 73 kerusi DUN dijadualkan tahun depan di mana penggal pentadbiran GRS pimpinan Hajiji tamat Oktober 2025

Sementara itu, Joniston yang juga Adun Kiulu berkata perbincangan tidak rasmi telah diadakan berhubung agihan kerusi dan ia juga masih belum dimuktamadkan.

“Kita ada membincangkannya secara mendalam dalam mesyuarat tertinggi baru-baru ini. Namun, secara umum GRS sudah bersedia menghadapi PRN,” katanya.

 

— Nora Mahpar/Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top