PRN Sabah: PBM akan bertanding solo

PBM-Larry.jpg

Larry merasmikan pejabat PBM di Donggongon, Penampang.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Walaupun merupakan salah satu daripada 17 parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bergerak secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presidennya, Datuk Larry Syn berkata keputusan itu dibuat kerana perbezaan dinamik politik dan ini juga membolehkan mereka meletakkan calon untuk kerusi sasaran mereka.

Syn berkata partinya masih belum menentukan bilangan kerusi yang akan ditandingi, sambil menambah bahawa keputusan itu akan dibuat menjelang tarikh PRN tersebut.

“Sehingga kini, kita mempunyai tujuh cawangan di kawasan Kadazandusun dan Murut (KDM) iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Pensiangan, Ranau, Penampang, Putatan, dan Tuaran.

“Tetapi parti ini tidak terhad kepada KDM sahaja. Kami mengalu-alukan kaum lain untuk menyertai perjuangan kami dan akan membuka cawangan baharu jika diperlukan,” katanya pada pelancaran pejabat perhubungan PBM Sabah di Donggongon, Penampang, semalam (Sabtu).

Tambah beliau, fokus PBM adalah untuk melibatkan diri dengan isu-isu tempatan Sabah dan Sarawak serta mencari penyelesaian.

Katanya, parti itu juga menekankan penyelesaian Borneo kepada masalah tempatan dan bukannya bergantung kepada penyelesaian dari Semenanjung Malaysia.

“Sarawak stabil dari segi politik, dan jika kita bekerjasama dengan negeri jiran Sabah, tiada apa yang tidak boleh kita capai,” katanya.

Menjangkakan suara yang lebih kuat melalui penubuhan parti berasaskan Borneo, Ahli Parlimen Julau itu berkata dua pertiga daripada ahli PBM adalah dari Sabah dan Sarawak.

“Kekuatan sesebuah parti bergantung kepada kualiti kepimpinannya. Lagipun, bilangan keahlian biasanya tidak mencerminkan (jumlah) undi pada pilihan raya,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top