PRN Sabah: PAS bayangkan akan bertanding

TGHH.jpg

Kredit foto: Harakahdaily

KOTA KINABALU: PAS membayangkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, tetapi belum memuktamadkannya.

Parti itu turut menyatakan kemungkinan membentuk kerjasama dengan sekutunya, tetapi tidak menamakan mana-mana parti tertentu.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata kepimpinan PAS perlu menilai terlebih dahulu kekuatan parti itu di negeri ini termasuk jentera dan sokongan yang diterima sebelum membuat keputusan bertanding.

Jika PAS bertanding dalam pilihan raya negeri, ia perlu berbincang dengan sekutunya dan menilai kekuatan jenteranya untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandinginya, katanya.

“Kerjasama dengan parti lain juga akan dipertimbangkan, masih dalam perbincangan,” katanya pada sidang media di Konvensyen PAS Sabah di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan dan Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Tan Sri Annuar Musa.

Abdul Hadi ditanya mengenai rancangan parti itu untuk pilihan raya negeri, khususnya jumlah kerusi yang disasarkan dan rakan gabungannya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata PAS mengiktiraf masyarakat yang pelbagai dan pelbagai fahaman agama di Sabah apabila merancang strateginya di negeri itu.

Mengenai kemungkinan mensasarkan tiga kawasan dengan jumlah ahli PAS yang ramai di Sabah – Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu – untuk bertanding, Abdul Hadi berkata ini juga bergantung kepada sokongan yang dimilikinya.

“Kita perlu menilai sokongan parti dan jumlah petugas yang ada untuk pilihan raya negeri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top