PRN Sabah: Lebih ramai wanita perlu ditampilkan jadi calon

Sample8.jpg
Kongsi Bersama

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diharap menjadi platform praktis proses demokrasi yang menyaksikan lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada masa sama, calon-calon yang bertanding juga disifatkan tidak seharusnya dinilai berdasarkan ‘skirt atau seluar’ tetapi menerusi latar belakang pencapaian individu.

Ketua Wanita Persatuan Cina Malaysia (MCA) Sabah Dr Pamela Yong percaya rakyat di negeri ini berfikiran terbuka dan menerima kehadiran pemimpin tanpa mengira jantina.

“Kita harap lebih ramai golongan wanita yang dapat ditampilkan sebagai calon bertanding (pada PRN) tanpa mengira parti politik,” katanya, di sini, semalam.

Dr Pamela berkata wanita mewakili kira-kira 50 peratus bilangan rakyat di negeri ini dan sudah tentunya mempunyai fikiran, suara dan pendapat berbeza yang sangat penting.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top