PRN Sabah: KDM mahu jadi ‘kingmaker’, yakin menang sekurang-kurangnya tujuh kerusi

peter-anthony.jpg

Datuk Peter Anthony (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Di sebalik spekulasi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bakal bergabung dengan Barisan Nasional (BN) serta Warisan pada PRN Sabah, parti itu dilihat masih mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’.

Menurut FMT pihaknya diberitahu oleh sumber parti itu bahawa pendirian ‘tunggu dan lihat’ itu diambil kerana pihaknya masih membuat penilaian kerjasama strategik selain yakin mampu menjadi ‘kingmaker’ berdasarkan kekuatannya di pedalaman.

Menurutnya, KDM mempunyai sokongan kuat di DUN terletak di bawah Parlimen Kudat serta Tenom selain Kota Marudu yang diwakilinya menerusi Datuk Wetrom Bahanda. Pada PRU15, beliau menewaskan penyandang dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Maximus Ongkili.

“(Setakat ini) Sekurang-kurangnya boleh menang tujuh kerusi, jadi ‘kingmaker’ semasa pembentukan kerajaan negeri nanti,” kata pemimpin KDM yang percaya lebih banyak kerusi Kadazan Dusun Murut bakal dikuasai mereka berdasarkan sentimen semasa.

KDM dipimpin Datuk Peter Anthony yang juga Adun Melalap.

Tempoh DUN Sabah yang mempunyai 73 kerusi akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN17 dijangka diadakan lebih awal, selepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membayangkan ia mungkin diawalkan pada tahun ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top