PRN Sabah: Bersatu tak tolak mungkin kerjasama GRS

dr-ronald-kiandee.jpg

Datuk Seri Ronald Kiandee (gambar fail)

Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Bersatu Sabah tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti tempatan termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Datuk Seri Hajiji Noor pada PRN akan datang.

Ketuanya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata dinamik politik semasa tidak menentu, menyebabkan mana-mana parti perlu bekerjasama dengan rakan atau lawan.

“Apa pun Bersatu dan PN akan bertanding di Sabah,” katanya yang juga naib presiden Bersatu pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di IDCC, di sini.

Kiandee berkata demikian ketika ditanya sama ada Bersatu sedia bekerjasama dengan GRS pada PRN Sabah dijangka tahun depan, setahun lebih awal daripada tempoh penggal DUN tamat.

Sebelum ini Umno tidak menolak kemungkinan menjalinkan pakatan dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada pilihan raya itu.

Disember tahun lalu, Bersatu digugurkan sebagai ahli gabungan komponen GRS, namun Hajiji yang juga ketua menteri Sabah kekal sebagai pengerusi GRS.

 

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top