PRN Melaka: Calon KM Dan Bekas KM Sama-Sama Kalah

mas-n-idris.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tumpas di tangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rauf Yusof dengan majoriti 364 undi.

Mas Ermieyati yang dinamakan oleh PN sebagai Ketua Menteri Melaka jika gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka meraih 3,195 undi berbanding Rauf 3,559 undi.

Sementara itu bekas Ketua Menteri Melaka era Kerajaan BN, Datuk Seri Idris Haron yang kali ini turut atas tiket Pakatan Harapan kecundang di DUN Asahan apabila ketinggalan jauh di belakang calon BN  Fairul Nizam Roslan, yang merupakan muka baharu, menang dengan 4,816 undi. Idris hanya mendapat 1,344 undi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top