PRN Melaka: Ada Hikmah Di Sebalik Kekalahan PH – Generasi Muda UPKO

Maxcolvin-Upko.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Maxolvin Sintore Gabu mengakui kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Melaka ada hikmah di sebaliknya.

Beliau berkata, kekalahan itu tidak bererti penamat kepada sebuah perjuangan, sebaliknya menjadi pengajaran berguna kepada anggota gabungan parti itu untuk bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tanpa menuding jari atas kekalahan itu, Maxolvin Sintore berkata, PH perlu melakukan sesuatu untuk mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam.

“Oleh itu saya berharap Majlis Presiden Pakatan Harapan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini bagi mengulas kegagalan PH membentuk kerajaan negeri Melaka.

Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan pada pilihan raya itu dengan memperolehi dua pertiga kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) sekaligus menerima mandat kembali mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Maxolvin turut merakamkan ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan mereka.

Maxolvin berharap, parti-parti dalam PH mengetengahkan calon-calon yang menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Saya berpendapat, para pengundi bukan setakat memilih parti tetapi juga melihat sama ada calon parti itu sesuai untuk mewakili mereka atau sebaliknya,” katanya. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top