PRN Johor: Warisan Bertanding 6 Kerusi

shafie_warisan_johor_candidates_2502_2.jpg

Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (center) pose together with the WARISAN candidate’s after the officially announce at Hotel Renaissance Johor Bahru February 25, 2022. - Picture by Hari Anggara

Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Parti Warisan bakal mempertaruhkan calon-calonnya di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu komited untuk membawa prinsip semak dan imbang dalam DUN Johor, di samping langkah awal persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum, yang beliau gambarkan, akan berlaku dalam masa terdekat.

Enam kerusi tersebut ialah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu, dan Permas.

“Di Johor ini kita harap dapat mengikat perpaduan yang begitu kental antara pelbagai kaum, berbagai agama. Negara ini sebuah negara dimiliki semua kaum, bukan hanya dimiliki Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Dusun, Murut.

“Warisan mempunyai barisan calon yang terdiri daripada peguam, pemegang dua ijazah, ahli perniagaan, aktivis, dan anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Tapi apa yang paling penting ialah mereka semuanya ‘Anak Johor’,” katanya lagi.

Berikut senarai calon parti Warisan:

N55 Pekan Nenas: Hishammuddin Busri

N06 Bekok: Sandara Segaran Arumugam

N29 Mahkota: Mohamed Noor Suleiman

N42 Johor Jaya: Chen Hain Kai

N51 Bukit Batu: Lee Ming Wen

N43 Permas: Mohamed Ridza Busu

Untuk rekod, kesemua kerusi yang ditandingi Warisan kali ini, dimenangi oleh komponen Pakatan Harapan, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika itu.

Majoriti undi untuk enam kerusi yang dimenangi PH ketika itu agak selesa, dua kerusi iaitu Johor Jaya (15,565 undi) dan Bukit Batu (10,057 undi).

Sementara itu dalam sidang media kemudiannya, Mohd Shafie berkata, biarpun jumlah calon parti itu tawarkan tidak banyak, namun Warisan tidak akan membuat perjanjian dengan mana-mana parti politik.

Tegas Ahli Parlimen Semporna itu lagi, Warisan hanya akan membuat perjanjian dengan satu pihak sahaja, iaitu rakyat negeri Johor.

“Kandungan suara wakil kita dengan nilai, displin yang ada, dalam Parlimen ada, dalam DUN pun ada. Apa yang penting bila kita lantang, kita mahu bangkitkan kesedaran rakyat, walaupun suara kita enam, tak semestinya tak kedengaran.

“Berhubung bantuan jentera parti lain, itu tak perlu kerana bantuan rakyat ada. Masa itu kita pentingkan rakyat. Kerjasama dengan rakyat yang perlu kita tingkatkan, kerjasama dengan parti nanti dia tekan butang, dia ugut, akhirnya tak kemana,” katanya lagi. -Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top