PRN Johor: Maszlee Bakal Calon MB PH?

maszlee.jpg

PUTRAJAYA, 2 Jan -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Lobi Blok E8 Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya hari ini. Pengumuman itu dibuat selepas Maszlee mengadakan perjumpaan rasmi bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira jam 2.30 petang tadi. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah disebut-sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar (MB) Johor seandainya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkemungkinan besar akan ditempatkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi itu dimenangi Datuk Onn Hafiz Ghazi menewaskan pencabarnya Murugan Muthu Samy (PH) dan Mohd Jubri Selamat(Pas) dengan majoriti tipis 364 undi.

“Maszlee berkemungkinan besar akan menjadi calon MB, tapi dia akan masuk ke kawasan Layang-layang,” menurut sumber itu lagi.

Portal Malaysiakini melaporkan, konsensus atau perjanjian antara komponen PH sebelum ini, menyatakan mana-mana kerusi yang dimenangi oleh parti masing-masing sebelum ini tidak akan direbut lagi untuk pilihan raya seterusnya.

Namun, mana-mana kerusi yang kalah sebelum ini adalah terbuka untuk ditandingi mana-mana komponen, tertakluk kepada rundingan dan keputusan akhir.

Dan DUN Layang-layang tidak terkecuali.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan komen daripada Maszlee masih belum berjaya setakat artikel ini ditulis.

Biarpun kerusi itu secara tradisional ditandingi PKR, namun DAP telah menunjukkan minat di kerusi tersebut, dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Marina Ibrahim telah pun bergerak aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan itu sejak dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Marina berkata, beliau menyerahkan kepada keputusan pucuk pimpinan berhubung spekulasi pencalonannya itu.

“Apa-apapun saya akur kepada keputusan akhir pimpinan,” katanya ringkas.

 

Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top