PRN Johor: Hanya 54.92 Peratus Keluar Mengundi

spr.jpg

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh (tengah) bercakap pada sidang media mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 di Persada, pada Sabtu. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus, jauh dari jumlah sasaran awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan keluar mengundi itu merangkumi 1,426,573 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan secara rasmi kemenangan komponen Barisan Nasional (BN) yang memenangi 40 kerusi DUN dalam PRN Johor.

Sebelum ini, SPR menyasarkan 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada PRN itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top