PRN Johor: 29% Keluar Mengundi Setakat Jam 12 Tengah Hari

undi.jpg

Petugas SPR membantu pengundi berkerusi roda yang mengundi di Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor Bahru, bagi DUN Larkin pada PRN Johor hari ini. --fotoBERNAMA

Kongsi Bersama

Sebanyak 29 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bernama melaporkan pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi, walaupun pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi.

Antara yang terawal keluar mengundi ialah dua bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Khaled yang tidak bertanding pada pilihan raya kali ini mengundi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang bagi kerusi DUN Permas, manakala Sahruddin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) Bukit Kepong mengundi di SJK Cina Lenga, Pagoh di Muar.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba di SMK Sri Muar, Johor pada pukul 9.05 pagi dan selesai mengundi pada pukul 9.16 pagi bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sebanyak 1,021 pusat pengundian dibuka bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pada PRN kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top