PRN Johor: 239 Calon Rebut 56 Kerusi

SPR-johor.jpg
Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas tempoh penamaan calon ditutup 10 pagi tadi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi dua parti yang bertanding di semua 56 kerusi DUN.

Sebanyak 10 parti dan 16 calon Bebas disahkan bertanding, membabitkan 202 calon lelaki dan 37 wanita.

Seramai 30 calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Pejuang (42), PKR (20), MUDA (tujuh), Warisan (enam), Parti Bangsa Malaysia (empat), manakala PUTRA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing satu.

“Sebanyak tujuh DUN membabitkan pertandingan tiga penjuru, 35 DUN (empat penjuru), lapan DUN (lima penjuru), empat DUN (enam penjuru) dan dua DUN (tujuh penjuru),” katanya.

Ghani berkata, calon tertua yang bertanding di PRN Johor adalah di DUN Bukit Permai (PN), Tosrin Jarvanthi berusia 71 tahun, manakala dua calon termuda adalah di DUN Mengkibol (BN) dan Tangkak (Pejuang), masing-masing berusia 26 tahun.

Tempoh berkempen PRN Johor bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga 11.59 malam 11 Mac nanti.

Hari pengundian awal PRN Johor berlangsung pada 8 Mac, manakala hari pengundian akan diadakan pada 12 Mac.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top