PRN Berasingan: Kos Lebih Tinggi, Tapi Terpulang Kepada PAS – Anwar

PM-anwar-1.jpg
Kongsi Bersama

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan negeri berhak menentukan sendiri tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi membuka laluan kepada PRU15 peringkat negeri.

“Itu bukan urusan saya,” katanya kepada pemberita di satu majlis di Cherok Tok Kun.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, “kos mengadakan PRN secara berasingan tentunya akan jauh meningkat.”

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang, mengumumkan partinya akan membuat keputusan sendiri mengenai tarikh pembubaran DUN di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Katanya, PAS tidak akan membuat keputusan bersama Pakatan Harapan, selepas ketua kerajaan tiga negeri yang ditadbir PH menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan mereka.

Menurut Hadi, tarikh akan ditetapkan dalam mesyuarat antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob; dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata belum ada perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional berhubung agihan kerusi pilihan raya.

“Saya tidak menghalang kepimpinan negeri daripada mengadakan perbincangan, tetapi secara rasmi itu belum dimulakan.”

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top