PRK Kuala Terengganu: Amzad kekal kemenangan, majoriti lebih besar

ahmad-amzad.jpg

Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim (tengah) mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam. — Gambar Bernama

Kongsi Bersama

KUALA TERENGGANU: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Ahmad Amzad Hashim mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Ahmad Amzad mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Amzad memperoleh 68,369 undi manakala Azan mendapat 21,103 undi.

Data itu menunjukkan Ahmad Amzad memperoleh majoriti lebih besar berbanding yang diperolehinya pada PRU 15 iaitu sebanyak 40,907 undi.

Pada PRU itu Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memperoleh sebanyak 63,016 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi).

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen itu pada 27 Jun lepas.

PRK itu diadakan serentak hari ini dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top