Presiden UPKO Nafi Sertai PN

madius.png
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menafikan laporan bahawa beliau adalah antara dua Ahli Parlimen Sabah yang akan berpaling tadah kepada Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, laporan di portal berita dalam talian itu “tidak bertanggungjawab dan palsu”.

“Berita palsu itu sengaja dicipta oleh sesetengah pihak dengan harapan dapat mencetuskan ketidakstabilan dalam kalangan parti-parti pembangkang,” kata beliau dalam sesi Facebook Live sebagai respons terhadap laporan tersebut malam tadi.

“Ini adalah langkah terdesak … saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya akan menyertai PN. Saya harap (kenyataan) ini dapat menjelaskan keadaan.

“Saya menggesa pihak-pihak ini berhenti membuat cerita yang palsu dan bersifat fitnah. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya khabar angin seperti ini tidak reda,” kata beliau.

UPKO menganggotai gabungan pembangkang Sabah, Warisan Plus, bersama Warisan Sabah, PKR, dan Amanah.

Menurut laporan tersebut, Tangau dan seorang lagi Ahli Parlimen Sabah akan mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai PPBM pada waktu yang sama dengan lawatan setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga menteri dalam negeri, ke Sabah.

Laporan tersebut, yang memetik sumber yang didakwanya daripada dalam majlis presiden Gabungan Rakyat Sabah, berkata Hamzah akan berada di Sabah untuk menghadiri mesyuarat koordinator Parlimen, selain dijadualkan bertemu Ahli-Ahli Parlimen di negeri itu.

Susulan penafian Tangau, portal berita dalam talian tersebut berkata, ia telah menarik semula laporan asalnya. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top