Presiden UIA Nafi Terlibat Kegiatan Menipu

Presiden-UIA.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Datuk Dr Mohd Daud Bakar hari ini menafikan terlibat dalam kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan luar negara.

Mohd Daud berkata terdapat beberapa individu dengan pelbagai nama menggunakan gambar profil akaun Facebooknya untuk berhubung dengan pengguna di media sosial.

“Saya difahamkan ada yang sudah tertipu. Ada yang menghubungi saya secara langsung apabila mereka mengetahui perkara sebenar.

“Saya menasihati mereka supaya membuat laporan ke Facebook.

“Saya juga telah beberapa kali membuat laporan ke Facebook dan menjelaskan perkara sebenar menerusi status di Facebook dan Instagram tentang penggunaan gambar dengan pelbagai nama oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Mohd Daud berkata dia menerima panggilan daripada Persatuan Pengguna Melayu Malaysia memaklumkan kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan luar negara, menerusi akaun Facebook yang menggunakan gambar profil miliknya.

Mohd Daud berkata beliau telah membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara itu dan laporan polis akan dibuat hari ini.

Dia menasihatkan orang ramai serta pengguna media sosial agar tidak mudah tertipu dengan individu yang cuba berhubung menerusi media sosial dan meminta mereka untuk menyelidik terlebih dahulu latar belakang sekiranya mencurigakan.

– Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top