Presbah Minta Kerajaan Buka PPV Di Bongawan

presbah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah) meminta Kerajaan membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di Bongawan dan beberapa kawasan lain untuk memudahkan pergerakan penduduk untuk mendapat suntikan vaksin.

Presidennya, Hj. Yahya Hj. Ahmad menyuarakan ini semasa kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr. Rose Nani Mudin di pejabatnya di JKNS sini semalam.

Yahya berkata banyak perkara yang telah dibincangkan dan dikongsikan semasa pertemuan tersebut.

“Kita yakin selepas bekalan vaksin lebih banyak diberikan kepada Sabah di masa yang terdekat ini lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dapat dibuka dan lebih ramai rakyat kita dapat divaksinasi.

“Selain itu, saya juga telah meminta agar beberapa tempat di Sabah diberikan perhatian termasuk di Bongawan dimana PPV perlu dibuka di kawasan ini supaya penduduknya tidak lagi perlu bergerak ke daerah lain untuk mendapatkan suntikan,” kata Yahya dalam kenyataan medianya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Rose Nani dan seluruh pasukan kesihatan Sabah, sambil berharap semoga semangat muafakat dan kecekapan semua pihak akan mampu melancarkan dan menjayakan pengurusan Covid-19 dan program pemberian vaksin di Sabah. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top