Premis Perniagaan Di Penampang Diingatkan Tutup Menjelang Tengah Malam

DO-Penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG:  Semua premis perniagaan di daerah ini termasuk kafe dan pub diingatkan supaya berhenti beroperasi sebelum atau pada tengah malam.

Pegawai daerah Francis Chong berkata kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun, dan ingkar selanjutnya terhadap arahan itu malah boleh mengakibatkan lesen perniagaan mereka digantung.

Beliau menambah, penalti bagi pemilik perniagaan yang ingkar dan gagal mematuhi arahan untuk menutup perniagaan mereka pada tengah malam ialah RM1,000.

“Sekiranya mereka terus melanggar arahan itu dan terus menjalankan operasi mereka sehingga tengah malam sebanyak tiga kali, kami akan menggantung lesen perniagaan mereka,” katanya dalam sidang media di pejabat daerah, di sini pada Selasa.

Beliau kemudian meminta orang ramai membuat laporan terhadap premis perniagaan yang masih dibuka selepas tengah malam.

Francis berkata bahawa pihaknya memutuskan untuk memanggil sidang media itu berikutan insiden tidak diingini yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Penampang Baru baru-baru ini di mana seorang lelaki didakwa terbunuh berikutan pergaduhan.

Pusat hiburan itu didakwa beroperasi melepasi waktu operasi yang dibenarkan semasa fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top