Prebet Adam, yang terlibat dalam peristiwa amukan berdarah di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur lebih 30 tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia semalam di Hospital Besar, Pulau Pinang.
Adam, atau nama sebenarnya Adam Jaafar, dikebumikan di Dato Keramat, lapor Astro Awani.
Dalam tragedi yang menggemparkan negara pada 1987 itu, Adam yang berasal dari Sungai Pinang, George Town, mengamuk dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.
Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun selepas disahkan berada dalam keadaan tidak siuman ketika itu. –FMT
Komen