KOTA KINABALU: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan Festival Tari Malaysia 2022 peringkat Negeri Sabah (FTM 2022) yang diadakan di Auditorium Kompleks JKKN Sabah, kelmarin.
FTM 2022 Peringkat Negeri Sabah menampilkan lima Kumpulan menunjukkan kehebatan mereka dalam koreografi dan seni tari.
Kumpulan yang bertanding ialah Pratama Legacy dibawah koreografer Achai Kiran, Anak Pramai dibawah koreografer Jehoshua Dawalis, Rentaka Budaya di bawah koreografer Ray Redzuan Awang, Gaya Dancers di bawah Dr. Henry Nicholas Lee, dan Nuansa Dance Troupe Quenner Mitchell bin Pauzi.
Pada tahun lepas, semua peserta telah mengikuti bengkel FTM 2022 sebagai persediaan sebelum menyediakan karya tari tradisional dan kreatif untuk dipertandingkan.
FTM 2022 mensyaratkan setiap koreografer dan peserta perlu menghasilkan dua tarian iaitu bagi kategori Tarian Rampaian Tradisional Malaysia dan kategori Tarian Etnik Kreatif.
Berikut adalah keputusan penuh pemenang -pemenang pertandingan Festival Tari Malaysia Peringkat Sabah:
Juara: Kumpulan Pratama Legacy
Naib Juara: Kumpulan Rentaka
Tempat Ketiga: Kumpulan Nuansa Dance Troupe
Koreografer Terbaik: Achai Kiran (Kumpulan Pratama Legacy)
Penari Lelaki Terbaik: Mohd Anwar Affandy bin Ahmad Shamsuri (Kumpulan Rentaka)
Penari Wanita Terbaik: Rosmitha Rebecca Kanalius (Pratama Legacy)
Program FTM 2022 Peringkat Negeri Sabah ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Mesran Mohd Yusop. Hadir sama Pengarah JKKN Sabah Jasmi Rasit serta pegawai-pegawai dari JKKN Ibu Pejabat dan JKKN Sabah.
Sumber: FB Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah