PPVI Sandakan Tawar 3,200 Dos Sinovac Kepada Penduduk Tempatan Minggu Depan

sinovac.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Sejumlah 3,200 dos vaksin COVID-19 jenama Sinovac ditawarkan di empat pusat pemberian vaksin sepadu (PPVI) sepadu, bagi tempoh empat hari minggu depan, terhad kepada penduduk Sandakan yang masih belum menerima suntikan dos pertama.

Pegawai Kesihatan Daerah Dr Johari Awang Besar berkata dari 4 hingga  Okt ini 800 dos vaksin jenama Sinovac ditawarkan sehari, yakni 200 dos tiap satu PPVI, yang terdiri daripada PPVI Tionghua Hall, Yu Yuan Hall, Libaran Multipurpose Hall dan Gum-Gum Hall.

Dalam kenyataan semalam beliau meminta orang ramai yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya merebut peluang berkenaan sebaik mungkin.

“Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sandakan bertekad untuk bekerja keras memastikan lebih ramai penduduk kawasan ini menjalani proses vaksinasi. Ia juga termasuk pengumpulan data berhubung jumlah penduduk yang melengkapkan vaksinasi mereka supaya CITF boleh merancang untuk mendekati mereka yang belum menerima suntikan vaksin,” katanya.

Kira-kira 50 peratus daripada 323,100 penduduk dewasa Sandakan telah melengkapkan vaksinasi, manakala 48 peratus daripada 55,000 remaja berumur antara 12 dan 17 tahun di Sandakan telah menerima suntikan dos pertama vaksin. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top