PPS tutup sepenuhnya, semua mangsa banjir dibenar pulang

PPS-Penampang.jpg

Gambar hiasan. Kredit foto: APM Penampang.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang ditutup sepenuhnya petang semalam selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

Menurut Buletin TV3, ia adalah PPS terakhir yang ditutup selepas tiga PPS iaitu Dewan Sri Putatan di Putatan, Balai Raya Kampung Tutu Selupoh di Tuaran dan Balai Raya Kampung Bontoi di Tamparuli ditutup jam 4 petang semalam.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, pada jam 4 petang semalam, seramai 272 mangsa terakhir daripada 90 keluarga masih berada di PPS Dewan Kebudayaan Sabah, Penampang.

Kata kenyataan itu, PPS tersebut kemudiannya ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang selepas semua 272 mangsa terakhir tersebut dibenarkan pulang.

Secara keseluruhan, empat PPS yang dibuka berikutan banjir sejak petang Ahad lalu menempatkan seramai 503 mangsa banjir daripada 145 keluarga.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top