PPM Tawau Patahkan Cubaan Seludup Burung, Kosmetik

seludup-1.jpg

RAMPAS: Pelbagai spesies burung yang cuba diseludup berjaya dirampas.

Kongsi Bersama

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menghalang dua cubaan menyeludup burung pelbagai spesies dan barangan kosmetik ke Indonesia di kawasan CIQ Lama, Tawau, pada petang Khamis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya membuat rampasan beberapa kotak yang mencurigakan diletakkan di atas tong ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ekor burung pelbagai spesies dalam kotak,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Dalam kes berasingan pada hari yang sama, PPM Tawau juga berjaya menghalang cubaan menyeludup barangan kosmetik.

Katanya, pasukan mengesan beberapa kotak yang mencurigakan diletakkan di luar bangunan CIQ Lama.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat paket kosmetik dari Filipina dipercayai untuk diseludup.

“Setelah pemantauan dibuat, tiada individu tampil mengaku sebagai pemilik barang terbabit,” katanya.

Rampasan yang dianggarkan bernilai RM53,400 dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Enekmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Peraturan 18(1)(a) Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

Ridzauddin berkata, pihaknya menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197.

Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628 bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

 

Berita asal: Sabah360online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top