PPM Sandakan Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak sSubsidi

polis-marin-minyak.jpg

Semua barang rampasan termasuk pacuan empat roda dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak paket bersubsidi di kawasan tebing Sungai Kampung Bakau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, anggota PPM merampas sebanyak 850 paket minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, semasa kejadian, pihaknya mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

“Individu terbabit dilihat sedang memunggah sejumlah guni dari kenderaan pacuan empat roda dipercayai cuba diseludup keluar negara.

“Bagaimanapun, semua individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sungai, sebaik dihampiri anggota PPM,”katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan 50 guni yang disimpan di ruang dalam dan belakang pacuan empat roda itu.

Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 850 paket minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM2,125 yang disyaki cuba diselewengkan ke negara jiran.

“Semua barang rampasan termasuk pacuan empat roda berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Barang rampasan kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top