PPM Rampas Rokok Seludup Bernilai RM70,000 Di Sungai Likas

rokok-seludup.jpeg

Sebahagian rokok pelbagai jenama yang dirampas di tepi Sungai Likas.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan aktiviti pengedaran rokok seludup di tepi Sungai Likas di sini.

Menurut sumber kegiatan terbabit digagalkan menerusi pelaksanaan Op Kontraban yang dijalankan kira-kira jam 6.46 petang oleh Unit Risikan Marin PPM Kota Kinabalu.

“Unit Risikan Marin PPM Kota Kinabalu yang sedang menjalankan rondaan pemantauan di kawasan Sungai Likas mengesan pergerakan sekumpulan lelaki yang mencurigakan di tepi sungai berkenaan.

“Semasa dihampiri, kumpulan terbabit melarikan diri dan hasil pemeriksaan di tempat itu menemukan pelbagai jenama rokok tidak bercukai,” katanya semasa dihubungi di sini semalam.

Menurutnya rampasan rokok pelbagai jenama itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan.

Sementara itu Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan rokok itu dianggarkan berjumlah RM70,000.

“Rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top