PPM rampas 3.6 tan minyak sawit mentah cuba diseleweng

seleweng-minyak.jpg

Suspek dan barang rampasan dibawa ke pejabat PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 3.6 tan minyak sawit mentah (CPO) dipercayai cuba diseleweng di Batu 25, Jalan Sandakan, di sini, semalam.

Dalam operasi pada 6.40 petang itu, bahan komoditi berkenaan dibawa seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan sebuah lori.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pasukan operasi terserempak dengan sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati ia membawa muatan disyaki minyak sawit mentah tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Pemandu lori kemudian ditahan bersama minyak sawit mentah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM58,870 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.- HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top