Pos Kawalan Keselamatan baharu akan diwujudkan di Pulau Sebatik

Datuk-Mohd-Sofi.jpg
Kongsi Bersama

SEBATIK : Majlis Keselamatan Negara (MKN) merancang menubuhkan sebuah pos keselamatan di Pulau Sebatik terletak di sempadan Tawau, Sabah dengan Pulau Nunukan di Kalimantan, Indonesia, bagi menjamin keselamatan penduduknya.

Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, pos kawalan itu melibatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya, penubuhan pos kawalan ini sekali gus dapat menjamin tahap keselamatan penduduk, meningkatkan keyakinan rakyat serta membenteras kegiatan tidak diingini pada masa depan.

“Penubuhan pos kawalan ini menepati keperluan semasa, disamping mampu memberi tumpuan kepada penugasan bersama dalam meningkatkan keselamatan di negeri Sabah.

“Kedudukan Pulau Sebatik berhampiran dengan persempadan Negara jiran Indonesia merupakan langkah terbaik dalam meningkatkan keselamatan kerua-dua negara,” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu ketika berucap di majlis berkenaan Mohd Sofi berkata, sempena sambutan 10 tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, menganjurkan Program Jiwa Murni Perdana dilaksanakan Kementerian Pertahanan di Sekolah Kebangsaan Mentadak Baru, Pulau Sebatik.

“Program ini merupakan salah satu 91 program dijalankan Kementerian Pertahanan iaitu sebagai Pelan Strategik MINDEF.

“Tujuan program ini untuk merapatkan hubungan agensi keselamatan ATM bersama dengan penduduk tempatan di Pulau Sebatik diwakili Tentera Darat Malaysia,” jelas Mohd Sofi.

Menurutnya, Pulau Sebatik merupakan lokasi bersesuaian melaksanakan program ini berikutan lokasi strategik untuk meninjau bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat termasuk ketua agensi keselamatan, sekolah, ibu bapa serta jwarga kampung.

“Sokongan berterusan ini perlu diteruskan pada masa depan bagi memastikan tahap keselamatan akan ditingkatkan pada masa depan,” kata Mohd Sofi. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top