Portal Sabah Jobs, Karnival Kerjaya Untuk Mudahkan Pencari Kerja

portal-kerja-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Portal Sabah Jobs dijangka mampu memudahkan pencari kerja untuk mendapat maklumat mengenai peluang pekerjaan di seluruh negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata,  portal ini diwujudkan tepat pada waktunya memandangkan keperluan utama dalam pencari  kerja selepasmereka terkesan dalam pandemik Covid-19 hampir dua tahun.

Katanya, Portal Sabah Jobs boleh dilayari pada bila-bila masa tanpa had waktunya sekali gus merupakan platfom terbaharu kerajaan negeri membantu rakyat di negeri ini.

“Ini merupakan usaha berteruskan Kerajaan Negeri kepada seluruh lapisan rakyat yang memerlukan peluang pekerjaan tanpa perlu bersusah payah menggunakan kaedah lama.

“Kita jangkakan portal ini memberi manfaat tanpa mengira had umur khususnya kepada pencari kerja atau majikan dalam mencari tenaga kerja berdasarkan keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke -33 Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di sini semalam.

Yakub berkata, dalam tempoh terdekat kementeriannya akan menganjurkan Karnival Kerjaya bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar memperoleh peluang pekerjaan.

“Ini juga merupakan pendekatan kita dalam memberikan maklumat serta ruang kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar memiliki peluang pekerjaan,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top