Politik Semenanjung Tidak Boleh Dibenar Jejaskan Kerjasama GRS

SSK-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lebih tiga bulan selepas berlangsungnya pilihan raya negeri (PRN), kerjasama parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus menjurus kepada memperkukuhkan ekonomi dan mengutamakan kebajikan masyarakat negeri itu.

Bekas ketua menteri, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, berkata sembilan manifesto yang diumumkan PRN lalu harus ditunaikan bertepatan dengan amanah pengundi.

“Sembilan perkara…itu ialah hak negeri, infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan, kemakmuran, pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan belia serta pembangunan wanita,” katanya.

Pemimpin Umno Sabah itu perkembangan politik di Semenanjung tidak harus mempengaruhi kerjasama erat antara komponen-komponen parti dalam GRS.

“Sewajarnya, kita harus terus berbakti dan memastikan sokongan kepada kerajaan Sabah bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor diperkukuhkan,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia, berkata kerajaan negeri harus memastikan pertumbuhkan Sabah tidak terjejas susulan wabak Covid-19 yang memberikan kesan besar kepada semua.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan pandemik ini dibendung dan ekonomi kita akan terus berkembang seperti sebelumnya.” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top