Polis Tahan Wanita Tipu Keputusan Ujian Covid-19 Untuk Naik Pesawat

kuching-airport.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 33 tahun ditangkap kerana dipercayai menipu keputusan ujian saringan COVID-19 untuk menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini, pada Sabtu, lapor Astro Awani.

Wanita terbabit dikatakan cuba untuk memohon permit di Balai Polis KIA untuk ke Bintulu dengan membawa slip keputusan palsu sebelum disedari anggota polis bertugas.

Laporan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail sebagai berkata, wanita itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pengesahan kesahihah keputusan telah dibuat dan didapati berlaku penipuan pada keputusan ujian tersebut.

“Tangkapan telah dilakukan pada 31 Julai jam 8.15 malam di perkarangan Balai Polis Sg. Maong,” katanya ketika dihubungi oleh Awani pada Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top