Polis tahan wanita komen timbul ketegangan agama, kaum

gari.jpg

(Gambar hiasan)

Kongsi Bersama

TAWAU: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menyiarkan komen bersifat boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama dalam satu hantaran Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada 8 malam tadi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selepas pihaknya menerima 11 laporan terhadap suspek.

“Polis Tawau menerima empat laporan awam diikuti dua laporan di Kudat dan masing-masing satu di Beaufort, Papar, Penampang, Tuaran dan Beluran.

“Dalam kes ini, kita nasihatkan masyarakat tidak terlalu emosi dan melakukan perbuatan atau percakapan sama ada melalui media sosial yang boleh menimbulkan ketidakharmonian sesama kita.

“Selain itu, masyarakat juga diingatkan tidak mengikut emosi ekoran kejadian yang berlaku di Palestin dengan melakukan tindakan tidak sepatutnya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan penduduk Tawau agar tidak melakukan perbuatan melukis bendera Israel di atas jalan raya meskipun sebagai menyuarakan ketidakpuasan hati.

Jasmin berkata, perbuatan itu adalah kesalahan vandalisme dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sehingga kini katanya, polis menerima tiga laporan berkaitan perbuatan melukis bendera Israel membabitkan Jalan Merotai dekat Kuala Merotai, persimpangan Kampung Muhibbah Raya serta Bulatan Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4, Jalan Apas, di sini.

 

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top