Polis tahan lelaki Filipina, rampas syabu bernilai RM180,000

ditahan-polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga Filipina bersama dadah disyaki syabu seberat 3.09 kilogram dianggar bernilai RM180,000 di sebuah rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata ketika ditahan kira-kira 1 tengah hari itu, lelaki berusia 42 tahun berkenaan yang dipercayai pengedar dadah didapati sedang memasukkan bahan terlarang itu ke dalam plastik dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Lelaki itu bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun gagal. Pemeriksaan di ruang tamu rumah menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus syabu dalam peket kecil sebelum dijual kepada penagih.

“Polis turut menemukan sebungkus plastik berwarna hijau serta tiga bungkus plastik lut sinar kesemuanya berisi hablur disyaki syabu,“ katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu didapati positif terhadap Methamphetamine dan dia direman hingga 17 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurut Jasmin, sejak Januari lepas hingga kini, pihaknya telah membuka 19 kertas siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang melibatkan penahanan 30 individu serta rampasan 34.875 kilogram dadah. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top