Polis tahan lelaki bersama senjata buatan sendiri

senapang-buatan-sendiri.jpg

Suspek ditahan bersama senjata api buatan sendiri dan peluru hidup.

Kongsi Bersama

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki  kerana memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama lima butir peluru di tepi Jalan Merotai-Dumpas, di sini kelmarin.

Suspek warga tempatan berusia 30-an itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira jam 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan itu dilakukan hasil daripada maklumat awam yang melaporkan aktiviti mencurigakan di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, hasil serbuan, polis berjaya merampas selaras senapang buatan sendiri jenis bekakuk bersama lima butir peluru yang dibawa suspek ketika sedang menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan awal, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah untuk memiliki senjata itu.

“Senjata api ini, sering digunakan untuk memburu dan boleh mendatangkan bahaya jika ia jatuh ke tangan oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jasmin berkata, tangkapan itu adalah sebahagian daripada usaha pihak polis Tawau membanteras pemilikan senjata api haram di kawasan pedalaman, terutamanya yang dikaitkan dengan aktiviti pemburuan.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.

“Orang ramai diminta supaya memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti berkaitan pemilikan senjata api tanpa lesen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini terjamin,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top