Polis Tahan 5 lelaki, Rampas 2 Senjata Api ‘Bakakuk’ Buatan Sendiri

Rampas-senjata.jpg
Kongsi Bersama

Polis menahan lima lelaki dan merampas dua senjata api jenis “bakakuk” buatan sendiri serta 35 peluru hidup dalam Op Bersepadu Khazanah di Jalan Kalabakan-Sapulut, dekat Kota Kinabalu semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, lelaki terbabit ditahan pada 10.11 malam ketika sepasukan anggota Tiger Platoon Batalion 14 PGA bersama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) menjalankan rondaan di laluan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mengesan sebuah pikap berhenti di bahu jalan. Anggota operasi kemudian menghampiri kenderaan itu dan mendapati lima lelaki berada dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan dijalankan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selain dua senjata api buatan sendiri, Abduh berkata, polis turut menemui 35 butir peluru hidup, tiga kelongsong dan beberapa alat lain.

Katanya, polis turut merampas Toyota Hilux dan “vest” penguatkuasa PERHILITAN. Keseluruhan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM143,575 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Beliau berkata, semua suspek itu berusia 24 hingga 43 tahun dan kenderaan dinaiki mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top