Polis Sita Camry Kerajaan Diguna Norhizam

kereta-exco-Norhizam.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kereta rasmi Kerajaan Negeri Melaka yang digunakan oleh Datuk Norhizam Baktee telah disita polis kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, tindakan itu dibuat selepas bekas Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu didapati gagal memulangkan kereta Toyota Camry, nombor pendaftaran MAL 3 berwarna hitam.

Memetik portal Melaka Hari ini, Abdul Majid berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) mengenai kenderaan rasmi itu yang tidak dipulangkan oleh Norhizam.

“Siasatan awal mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegwai khas Norhizam.

“Ekoran laporan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

“Setakat ini seramai lima saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes terdiri daripada kakitangan pejabat SKN.

“Pihak polis juga akan memanggil lebih ramai saksi untuk membantu siasatan dalam kes ini termasuk Norhizam,” katanya pada sidang media di IPK Melaka. – SUARA TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top