KALABAKAN: Satu rangka manusia ditemukan di tepi jalan berhampiran sebuah ladang, di Bukit Tukok, dekat sini pagi semalam.
Difahamkan, rangka dalam keadaan terlentang dengan kesan seolah-olah dibakar ditemukan penduduk yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis kira-kira 9.30 pagi.
Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk berhubung identiti mangsa termasuk jantinanya
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penermuan itu.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan masih laporan hasil bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Penemuan rangka itu turut tular di media sosial.
Berita asal: HMetro