KOTA KINABALU: Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah-olah menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan, siasatan tersebut susulan 35 laporan polis yang diterima pihaknya ekoran kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu.
“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah, di sini, hari ini.
Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai ‘sandiwara’. -Awani
Amat wajar manusia bernama Mohd Dinketapi ini disiasat.Ucapan yg telah beliau sampaikan dlm perjumpaan politik itu amat tidak wajar,biadap dan tidak mencerminkan seorang bergelar pemimpin.Diharap jika dia melanggar apa2 kesalahan mohon pihak AG mendakwanya sesuai dgn pertuduhan yg dikenakan terhadapnya.Jadikan perbuatan beliau itu satu pengajaran berguna terhadapnya dan org lain agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan spt mana beliau lakukan.