Polis siasat kes tular pecah cermin, curi bateri kereta di Lahad Datu

Kereta-pecah.jpg

Foto: Facebook

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian cermin kereta dipecahkan dan kehilangan bateri melibatkan 11 kereta di Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah di sini kelmarin.

Menurut BERNAMA Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata pagi semalam pihaknya menerima sembilan laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut mendapati kereta terlibat diletakkan di kawasan parkir di kampung itu pada 5 petang kelmarin.

Beliau berkata kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.

“Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik BERNAMA.

Beliau berkata suspek yang melakukan khianat itu masih bebas dan sedang diburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Sarjan Martin Motuin di talian 016-8392694.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top