Polis Sedang Kesan Suspek Ikat Mangsa Pecah Rumah Guna Wayar

jauteh.jpg

Jauteh (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Labuan di Dewan Bancolasi IPD Labuan.

Kongsi Bersama

LABUAN: Polis sedang mengesan suspek yang melakukan jenayah pecah rumah dalam kejadian di Kinarut, Papar baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dalam kejadian itu mangsa sekeluarga diikat dengan menggunakan wayar.

“Pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah merancang beberapa mesyuarat atau projek berkaitan perkara ini dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Labuan di Dewan Bancolasi IPD Labuan pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes pecah rumah yang tular di aplikasi WhatsApp sejak Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Jauteh berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular satu laporan polis mengenai kejadian pecah rumah membabitkan seorang penjawat awam.

Berdasarkan laporan polis itu, mangsa mendakwa dia dan keluarganya diikat menggunakan dawai serta diacukan parang sebelum suspek bertindak melarikan barang berharga dan wang tunai. – SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top