Polis Sabah Tidak Benarkan Aktiviti Mandi-Manda, Berhimpun Di Tempat Awam Sempena Tahun Baharu

hazani.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Aktiviti mandi-manda serta perhimpunan di tempat awam dan terbuka sempena sambutan tahun baharu tidak dibenarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, aktiviti mandi-manda pada malam ambang tahun baharu sudah menjadi budaya di negeri ini.

Bagaimanapun, tahun ini, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti mandi-manda di pantai-pantai berdekatan berikutan amaran cuaca hujan lebat dan angin kencang daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan PertahanannDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 28 Dis bahawa krajaan tidak membenarkan perhimpunan di tempat awam dan terbuka seperti di taman rekreasi dan pantai sempena malam ambang tahun baharu.

Hazani berkata, PDRM Sabah dengan kekuatan 260 pasukan pemantau termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Peronda MPV di setiap daerah akan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan rondaan di seluruh Sabah, terutama kawasan tumpuan  orang awam.

Katanya, pasukan unit peronda akan membuat hebahan tentang larangan berkumpul dan berhimpun.

“Sebarang pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diambil tindakan sewajarnya seperti dikenakan kompaun, ditangkap atau diarahkan bersurai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah untuk terus patuh kepada SOP PKPB dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. – Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top