Polis Sabah Rampas 8,270 Karton Rokok Seludup

rokok-seludup.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Sepasukan polis Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, berjaya merampas 8,270 karton rokok tidak bercukai dalam operasi serbuan di Simpang Kampung Tamoi, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, kelmarin.

Kejayaan hasil operasi Op Kontraban itu berjaya menahan sebuah lori jenis tiga tan yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui semua rokok berkenaan disembunyikan di dalam lori berkenaan.

Katanya, semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dianggarkan bernilai RM91,580 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Itu adalah kejayaan kedua selepas satu lagi rampasan rokok berjaya dilakukan pada 28 Oktober lalu dengan merampas 5,125 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM350,000.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda atau atau RM50,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali ganda atau tidak melebihi RM500,000

Rohan berkata, IPD Lahad datu akan terus komited dalam usaha membanteras penyeludupan barangan sehingga menyebabkan kerugian kepada negara.

Sementara itu, Rohan berkata, sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 18 kes tangkapan dan rampasan berjaya dilakukan IPD Lahad Datu.

Katanya, hasil daripada kejayaan itu, pihaknya menahan 20 lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung jenayah penyeludupan.

“Tangkapan membabitkan 13 rakyat tempatan, tiga warga Indonesia dan selebihnya warga Filipina berusia lingkungan 19 hingga 56 tahun.

“Semua kejayaan itu termasuk rampasan pelbagai peralatan dan kenderaan termasuk bot dan lori untuk tujuan penyeludupan rokok tanpa cukai,” katanya.

Menurutnya, semua rampasan membabitkan nilai mencecah RM3.988 juta. – Awani


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top