Polis Sabah Komited Tangani Jenayah Pornografi Kanak-kanak

serah-tugas-polis-penampang.jpg

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mohd Haris Ibrahim kepada timbalannya yang juga Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang semalam.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan mengadakan operasi risikan bagi memantau aktiviti jenayah pornografi membabitkan kanak-kanak di negeri ini.

Ia susulan laporan yang merekodkan Sabah berada di kedudukan keempat tertinggi bagi kes pornografi kanak-kanak.

Bagi tempoh 2018 hingga tahun lalu, sebanyak 375 kes direkodkan di Sabah daripada 4,832 kes yang dilaporkan di negara ini, dengan Selangor sebagai negeri tertinggi merekodkan kes jenayah pornografi kanak-kanak.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, memang ada beberapa tangkapan telah dilakukan sebelum ini oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah.

“Kes sebegini memang wujud di Sabah dan tangkapan terbaharu dilakukan pada awal tahun ini,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Penampang semalam.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan secara spesifik mengenai aliran semasa Kes pornografi membabitkan kanak-kanak di Sabah kerana perlu merujuk kepada statistik terlebih dahulu.

Pada 30 Jun lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dilaporkan berkata, kebanyakan kes menunjukkan bahan pornografi diakses secara online sama ada memuat naik, memuat turun mahupun menyebarkan gambar dan video melibatkan kanak-kanak.

Malah, sesetengah kes pelaku memanipulasi mangsa dengan meminta mereka menghantar video berunsur seksual atau melakukan aksi seksual dengan pelaku.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top