Polis Sabah Kenal Pasti Identiti Wanita Lolos Diri Dari PKPD Bandaran Berjaya

lolos-pkpd.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis telah mengenal pasti identiti wanita yang bertindak meloloskan diri melalui kawat duri di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandaran Berjaya dekat sini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

“Kita sudah kenal pasti (identiti wanita terbabit),” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama pada Se;asa.

Hazani berkata polis menerima laporan kejadian itu selepas rakaman video mengenainya yang menggunakan aplikasi TikTok tular melalui media sosial.

Video berdurasi 0.31 saat yang dipercayai dirakam malam tadi itu memaparkan aksi seorang wanita menyelinap keluar dari kawasan tersebut sebelum melarikan diri ke bangunan berhampiran.

Lokaliti Bandaran Berjaya dikenakan PKPD bermula semalam hingga 25 Julai ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Hazani meminta orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelak penularan jangkitan wabak ke kawasan lain. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top